PROGRAM TANAMAN BARU (TB) KOKO BAGI PEKEBUN KECIL
Program Tanaman Baru Koko kepada pekebun-pekebun kecil ini akan membantu meningkatkan pengeluaran biji koko kering tempatan dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik seperti yang disyorkan oleh LKM.
Program peningkatan keluasan tanaman baru koko dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan untuk tanaman koko baru di kawasan dusun, kelapa dan tanah terbiar yang belum dibangunkan untuk kawasan di Semenanjung, tanah terbiar dan belum dibangunkan di tanah bergeran dan tanah berstatus Permohonan Tanah (PT) di Sabah dan tanah bergeran/ NCR (Native Customary Right) di Sarawak.
Pada masa yang sama, program ini dijangka akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun-pekebun kecil koko. Dengan adanya program ini pengurangan import biji koko dapat dilaksanakan dan sekali gus mengurangkan pengaliran keluar tukaran mata wang negara.
i. Permohonan LA hendaklah lebih 5tahun
ii. Permohonan hendaklah disokong oleh pihak yang berkuasa (Pejabat Daerah) dan mengesahkan bahawa pemohon adalah pengusaha tanah tersebut dan tiada tuntutan bertindih serta disahkan oleh Pejabat Penguasa Tanah / JAKOA/ KESEDAR setempat

Nilai bantuan adalah tidak melebihi RM8,000/hektar dalam bentuk seperti berikut :