Pembangunan ‘Cocoa Valley’ adalah bertujuan untuk mencapai objektif Dasar Industri Komoditi Negara (DIKN), melalui strategik ke-12 iaitu membangunkan kelestarian kelompok koko. Objektif ‘Cocoa Valley’ diperkenalkan oleh Lembaga Koko Malaysia adalah :
- Untuk meningkatkan pengeluaran biji koko dalam skala besar melalui peningkatan produktiviti dan mengoptimumkan kegunaan tanah yang melibatkan pembangunan bersama komuniti.
- Untuk meningkatkan pendapatan peserta.
- Untuk meningkatkan pembangunan kegiatan-kegiatan hiliran seiring dengan pembangunan koko yang berharoni dengan alam sekitar - Good Agriculture Practice (GAP).
- Untuk membangunkan Malaysia sebagai pusat pengeluar koko berperisa unik.
- Konsep Kluster Koko merupakan konsep yang dikenali sebagai ‘Farms to Table’. Ia bermaksud, segala aktiviti berasaskan koko yang bermula daripada peringkat nurseri koko kepada penghasilan produk akhir koko. Melalui peringkat ini, ia sebenarnya beoperasi secara langsung di tempat / tapak Kluster Koko yang ingin dibangunkan.
- Pembangunan Kluster Koko ini dibangunkan di tiga (3) lokasi iaitu di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.