Soalan Lazim

SOALAN-SOALAN LAZIM - PROGRAM PEMBANGUNAN KOKO

  

Bahagian yang mengendalikan pembangunan koko secara langsung kepada golongan sasaran adalah Bahagian pemindahan Teknologi dan pengembangan (TOTe), Lembaga Koko Malaysia

Program-program pembangunan tanaman koko LKM yang ditawarkan terus kepada golongan sasaran adalah Program Peningkatan Produktiviti Koko (PPP) dan Tanaman Baru (TB) di bawah Program Pembangunan Rantaian Kluster Koko (CC).

Program Tanaman Baharu (TB) bertujuan untuk membangunkan keluasan tanaman komoditi koko dibawah program pembangunan koko kuster di Malaysia. Program peningkatan keluasan tanaman baru koko dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan untuk tanaman koko baru di kawasan dusun, kelapa dan tanah terbiar yang belum dibangunkan untuk kawasan di Semenanjung; tanah terbiar dan belum dibangunkan di tanah bergeran dan tanah berstatus Permohonan Tanah (PT) di Sabah dan di tanah bergeran/NCR (Native Customary Right) di Sarawak.

Insentif adalah secara One-off. Skop insentif atau bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :-

  • Bantuan pembersihan kawasan tanaman koko
  • Pemberian anak benih koko
  • Pemberian anak benih pisang / Gliricidia bagi tujuan pokok pelindung.
  • Pemberian input pertanian seperti baja NPK Hijau, racun serangga, rumpai dan kulat
  • Pemberian peralatan pertanian seperti Scateurs dan tong sprayer.
  • Aktiviti pemindahan teknologi seperti Kursus Asas Teknologi Koko dan Kursus In-Situ.

Projek Peningkatan Produktiviti Koko adalah merupakan program sedia ada dengan memberi penakanan khusus kepada pekebun kecil koko sedia ada yang terpilih dan berpotensi untuk menyumbang kepada peningkatan produktiviti koko.

Program Peningkatan Produktiviti Koko ni dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti biji koko kering tempatan yang sekaligus akan menampung keperluan pengisaran biji koko kering tempatan.

Insentif adalah secara One-off. Skop insentif atau bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :-

  • Perolehan insentif input pertanian (racun, peralatan pertanian) dan anak klon dari usahawan nurseri.
  • Kursus lanjutan, lawatan dan pemantauan.

Pembangunan Rantaian Kluster Koko adalah bertujuan untuk mencapai objektif Dasar Industri Komoditi Negara (DIKN), melalui strategik ke-12 iaitu membangunkan kelestarian kelompok koko.

Pembangunan Rantaian Kluster Koko diperkenalkan oleh Lembaga Koko Malaysia adalah:-

  • Untuk meningkatkan pengeluaran biji koko melalui peningkatan produktiviti dan pemaksimuman kegunaan tanah yang melibatkan pembangunan bersama komuniti.
  • Untuk meningkatkan pendapatan masyarakat daripada garis kemiskinan dengan menggunakan komuniti sebagai wadah dalam pembangunan kelompok, dan Koperasi.


SOALAN-SOALAN LAZIM - KUALITI BIJI KOKO

  

Biji koko kering yang baik mestilah mempunyai  ciri-ciri berikut:

  • Memenuhi spesifikasi  gred biji koko yang ditetapkan MS2672
  • Kandungan air/kelembapan tidak  melebihi 7.5%
  • Kandungan sampah koko tidak melebihi 3.0%
  • Tahap fermentasi melebihi 60%
  • Bebas  dari biji berkembar
  • Bebas dari benda asing
  • Biji bersaiz seragam

​Sebagai pengeluar , kita  perlu tahu kualiti biji koko yang dikeluarkan sama ada dapat mencapai spesifikasi yang ditetapkan ataupun tidak.  Biji koko kering yang dijual akan digred untuk menentukan kualitinya oleh pedagang koko dan ia akan dimaklumkan bersama-sama harga belian di dalam inbois belian. Sebagai penjual kita berhak mendapatkan satu salinan inbois belian koko daripada pedagang koko untuk dijadikan bukti  berkaitan harga dan kualiti biji koko yang kita pasarkan.

Ya, setiap pedagang disyaratkan mempamerkan harga belian di premis mereka.  Penjual diminta melaporkan jika harga tidak dipamerkan dan inbois belian koko tidak diberikan untuk setiap transaksi jualan.

Sampah koko bermaksud elemen dari koko selain biji penuh, biji pecah dan biji berkembar. Ia termasuk biji leper, serpihan biji, kulit biji, biji melekat, musilaj kering, empulur dan hasil tapisan.

Tahap fermentasi secara fizikal ditentukan melalui ujian belahan biji dengan melihat warna kotilidon(isi biji koko) seperti berikut:

  • Baik : >60% coklat penuh
  • Sederhana : 45% - 60% coklat penuh
  • Kurang baik : <45% coklat penuh

Sebagai seorang pengusaha koko tuan perlu berdaftar sebagai seorang pekebun kecil koko. Pendaftaran boleh dibuat melalui pejabat LKM yang berhampiran.