Sekolah Kebun Petani (Farmers Field School - FFS)

SEKOLAH KEBUN PETANI (FARMERS FIELD SCHOOL - FFS)   

FFS adalah satu pendekatan latihan penyertaan yang boleh dianggap sebagai kaedah  dan bentuk pendidikan ‘hands-on’ kepada petani dewasa.Ia adalah terdiri daripada sekumpulan petani seramai 20 hingga 30 orang datangnya dari kampung yang sama atau berhampiran serta  diselia oleh fasilitator yang terlatih sepanjang musim tanaman tersebut.

Tujuan FFS adalah untuk menggalakkan para petani menjalankan eksperimen di ladang /kebun sendiri untuk meningkatkan kefahaman yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti atau hasil pengeluaran koko kering. FFS memberi tumpuan dalam membina  peningkatan pengetahuan dan kefahaman agro-ekosistem. Peserta FFS akan membuat pemerhatian di lapangan dan menggunakan penemuan tersebut dengan menilai sama ada tindakan susulan perlu diambil. Penilaian adalah berasaskan kepada pengetahuan dan pengalaman pekebun kecil itu sendiri. Peserta akan menjalani set kurikulum yang ditentukan berdasarkan kekangan utama yang dikenal pasti dalam penilaian keperluan sebelum ini. Kurikulum FFS tidak menggalakkan cadangan, petani digalakkan untuk menjalani eksperimen atau percubaan di ladang dan membuat keputusan berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan sendiri. Oleh itu, ia menggalakkan eksperimen sebagai sebahagian daripada penemuan pembelajaran.

  • Menyediakan persekitaran yang membolehkan petani memperolehi pengetahuan dan kemahiran untuk membuat keputusan terhadap pengurusan tanaman.
  • Melatih petani dalam membuat keputusan yang lebih kritis dalam menjadikan aktiviti pertanian mereka lebih menguntungkan dan mampan.
  • Meningkatkan kebolehan petani dalam menyelesaikan masalah melalui pencerapan dari eksperimen di kebun mereka.
  • Menunjukkan kepada petani faedah bekerja dalam kumpulan dan menggalakkan aktiviti berkumpulan.
  • Memperkasakan petani untuk menjadi mahir terhadap ladang dan menjadikan petani lebih yakin dalam menyelesaikan masalah sendiri melalui penyeliaan yang minimum.

Walaupun FFS adalah pendekatan yang fleksibel, namun, 7 prinsip asas yang berikut perlu dipatuhi :

  • Petani Berpusat
  • Kumpulan Penemuan Pembelajaran
  • Pembelajaran, Bukannya Teknologi / Mesej, Fokus
  • Fasilitator Yang Kompeten
  • Memperkasakan Petani
  • Pendekatan Sistem Pembelajaran
  • Bantu Diri Sendiri

FFS dijalankan di sebuah ladang di mana segala aktiviti adalah dilaksanakan semasa sesi persekolahan sepanjang musim. Ladang FFS dibahagikan kepada dua plot: pengurusan tanaman dan makhluk perosak bersepadu (ICPM), di mana amalan yang baru dilaksanakan, dan plot amalan petani (FP) di mana amalan pengurusan biasa oleh petani dijalankan di lokasi terbabit. Sepanjang praktikal tersebut yang diadakan selama 16 minggu (menetapkan 1 hari dalam seminggu untuk sesi FFS), petani perlu membuat perbandingan antara ICPM dan FP plot.

Unsur-Unsur Utama Setiap Sesi FFS Adalah :

  • Analisis Pengumpulan Data Agro-Ekosistem
  • Pembentangan AESA
  • Pelaksanaan ‘Topik Khusus’
  • Pelaksanaan ’Kumpulan Dinamik’