Program Tanaman Baru (TB) Koko Bagi Pekebun Kecil

PROGRAM TANAMAN BARU (TB) KOKO BAGI PEKEBUN KECIL    

Program Tanaman Baru Koko kepada pekebun-pekebun kecil ini akan membantu meningkatkan pengeluaran biji koko kering tempatan dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik seperti yang disyorkan oleh LKM. 

Program peningkatan keluasan tanaman baru koko dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan kawasan untuk tanaman koko baru di kawasan dusun, kelapa dan tanah terbiar yang belum dibangunkan untuk kawasan di Semenanjung, tanah terbiar dan belum dibangunkan di tanah bergeran dan tanah berstatus Permohonan Tanah (PT) di Sabah dan tanah bergeran/ NCR (Native Customary Right) di Sarawak.

Pada masa yang sama, program ini dijangka akan meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun-pekebun kecil koko. Dengan adanya program ini pengurangan import biji koko dapat dilaksanakan dan sekali gus mengurangkan pengaliran keluar tukaran mata wang negara.

  • Melaksanakan Program Bantuan Tanaman Baru melalui Program Bantuan Tanaman Baru Koko
  • Meningkatkan keluasan tanaman baru koko
  • Meningkatkan produktiviti tanaman koko pekebun kecil ke tahap 1.50 tan/ha/thn
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi pekebun kecil koko
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil persendirian dengan pemilikan/ pegangan tanah dengan maksimum tanah seluas 6 hektar secara berperingkat
  • Mempunyai geran tanah
  • Surat perjanjian serahan kuasa bagi pemohon yang tidak mempunyai geran dan pemohon yang berkongsi hak pemilikan tanah
  • Pemohon yang diluluskan bantuan hendaklah menyediakan kawasan tanaman mengikut amalan pertanian yang baik serta tidak boleh mengubahkan tanaman selama 5 tahun
  • Pemohon tidak boleh menggunakan kelulusan program ini sebagai alasan untuk menuntut hak milik Tanah Adat atau tanah tidak bergeran
  • Kelulusan program ini boleh ditarik balik (terbatal), jika pemohon tidak dapat melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan dalam tempoh 3 bulan selepas pemakluman bertulis
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan dan tidak muflis serta ada jaminan tenaga kerja jika berumur 60 tahun keatas.
4.1 SARAWAK
  • Bergeran – disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur
  • Bagi tanah berstatus Tanah Adat (NCR) di Sarawak, permohonan hendaklah disokong oleh 2 pihak samada Ketua Kampung/ JKKK/Ketua Kaum/ Tuai Rumah/ pihak yang berkuasa dengan mengesahkan bahawa pemohon adalah pengusaha tanah tersebut dan tiada tuntutan bertindih. 
4.2 SABAH
  • Bergeran – disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur
  • Bagi tanah berstatus Permohonan Tanah (TOL/JAKOA/KESEDAR):

      i. Permohonan LA hendaklah lebih 5tahun

     ii. Permohonan hendaklah disokong oleh pihak yang berkuasa (Pejabat Daerah) dan  mengesahkan bahawa pemohon adalah pengusaha tanah tersebut dan                                tiada tuntutan bertindih serta disahkan oleh Pejabat Penguasa Tanah / JAKOA/ KESEDAR setempat

4.3 SEMENANJUNG
  • Bergeran – disahkan oleh Pejabat Tanah dan Ukur
  • Bagi tanah berstatus Permohonan Tanah (TOL/JAKOA/KESEDAR):

      i. Permohonan LA hendaklah lebih 5tahun

      ii. Permohonan hendaklah disokong oleh pihak yang berkuasa (Pejabat Daerah) dan  mengesahkan bahawa pemohon adalah pengusaha tanah tersebut dan                                tiada tuntutan bertindih serta disahkan oleh Pejabat Penguasa Tanah / JAKOA/ KESEDAR setempat

Nilai bantuan adalah tidak melebihi RM8,000/hektar dalam bentuk seperti berikut :

  • Tuntutan Pembersihan Kawasan oleh Peserta Program dengan jumlah RM1,000/Sehektar
  • Insentif Anak Benih Koko Bercantum sebanyak 1,000 pokok/sehektar
  • Insentif pokok pelindung seperti tanaman separa kekal/pelindung kekal
  • Insentif Input Pertanian seperti Baja, racun (rumpai, serangga, kulat)
  • Peralatan Pertanian
  • Kursus Asas Teknologi Koko
  • Kursus Insitu / Demo / Latihan Kemahiran
  • Pembentukan Kelompok dan Jawatankuasa
  • Penggabungan Kelompok
  • Mesyuarat Kelompok / Ketua-ketua kelompok
6.1 PENYEDIAAN KAWASAN
  • Peserta adalah bertanggung jawab untuk melaksanakan kerja-kerja penyediaan kawasan
  • Kerja-kerja penyediaan kawasan adalah termasuk daripada  pembersihan hutan atau belukar atau tumbuh-tumbuhan yang berada dalam kawasan cadangan tanaman koko.
  • Selain daripada itu, kerja-kerja lain bagi penyediaan kawasan adalah membuat atau menyediakan lubang untuk anak benih koko serta menanam anak benih koko.
  • Pembayaran insentif penyediaan kawasan hanya akan dibayar setelah kerja-kerja di atas selesai dibuat iaitu sehinggalah anak benih ditanam di ladang.
  • Jumlah pembayaran insentif penyediaan kawasan adalah RM1,000.00/ha
6.2 POKOK PELINDUNG
  • Justifikasi pokok pelindung adalah tanaman yang digunakan sebagai pelindung sementara kepada pembesaran anak benih koko iaiu sebagai contoh adalah pokok pisang, betik, kelapa, buah-buahan, pokok-pokok hutan serta apa-apa tumbuhan yang boleh digunakan untuk melindungi anak benih koko yang ditanam di ladang.
  • Jika sekiranya kawasan tersebut mempunyai pelindung sediada (contohnya pokok kelapa dan buah-buahan) maka peserta tersebut haruslah mengemukakan satu surat akuan bahawa tanaman-tanaman tersebut adalah tanaman sediada yang berada di dalam kawasan cadangan tanaman koko.
  • Pembayaran insentif pokok pelindung ini hanya boleh dibayar/dituntut jika sekiranya tanaman pokok pelindung telah siap ditanam di ladang ataupun bagi tanaman pelindung sediada: apabila surat akuan daripada peserta diperolehi.
  • Jumlah insentif pokok pelindung adalah 500 pokok/ha@ RM1.50/pokok (RM750.00/ha)
6.3 BEKALAN ANAK BENIH KOKO BERCANTUM
  • Anak benih koko yang dibekalkan kepada peserta mestilah yang telah bercantum.
  • Kerja-kerja pembekalan anak benih adalah termasuklah membekal, menghantar, menurunkan serta menyusun akan benih ke lokasi kebun peserta sepertimana lokasi yang dipersetujui dalam aku janji serta surat tawaran.
  • Selain daripada bercantum, anak benih yang dibekalkan juga hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit dan perosak, sudah matang iaitu berumur antara 4-6 bulan
  • Anak benih hendaklah daripada klon-klon yang disyorkan oleh LKM.
  • Pihak pembekal handaklah bertanggung jawab kepada kerosakan serta kecacatan pada anak benih koko selama 2 minggu daripada tarikh penghantaran dibuat.