Program Usahawan Tani Koko

PROGRAM USAHAWAN TANI KOKO   

Program Usahawan Tani dibangunkan bagi menyokong industri koko di Malaysia supaya lebih berdaya saing dan mengeluarkan bahan tanaman yang berkualiti . Usahawan pembekal anak benih adalah perlu memandangkan kualiti koko bermula daripada peringkat penanaman sehingga peringkat pemasaran.  Pematuhan kualiti anak benih  menjadi jaminan kepada potensi hasil.

2.1    OBJEKTIF UMUM  
  • Untuk menggalakkan penyertaan usahawan khususnya Bumiputera menceburi industri kecil dan sederhana dalam industri koko.
2.2    OBJEKTIF SPESIFIK
  • Membangunkan usahawan tani di kalangan pekebun kecil koko
3.1    SYARAT-SYARAT UMUM PEMOHON
  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun ke atas
  • Tidak muflis
  • Peserta Program LKM
  • Bersedia bekerjasama dengan LKM
  • Mempunyai minat
  • Sanggup mengeluarkan modal sendiri (bagi yang mampu)
  • Bagi kes terpencil seperti di lokasi yang tiada keupayaan usahawan tani sedia ada dan ada keperluan LKM untuk membangunkan usahawan tani di kalangan petani yang kurang berkemampuan, pakej bantuan akan diberikan. Pembayaran akan ditolak dari pakej bantuan.
  • Mempunyai tapak / premis yang bersesuaian
3.2    SYARAT-SYARAT KHAS
  • Wajib menghadiri kursus nurseri koko anjuran LKM
  • Wajib berdaftar dan mendapatkan lesen dari LKM
  • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan jika jumlah perkhidmatan atau bekalan bernilai RM20,000 ke atas
  • Menyediakan pengangkutan dan pekerja sendiri
  • Berkemampuan memenuhi keperluan kapasiti, tempoh pembekalan dan lokasi penghantaran  yang  dipersetujui
  • LKM tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang ditanggung oleh usahawan

 

4.1 PENGLIBATAN USAHAWANTANI YANG TERDIRI DARIPADA LKM (UNIT DAN PUSAT PENYELIDIKAN)
4.2 PENGLIBATAN USAHAWANTANI YANG TERDIRI DARIPADA INDIVIDU, ENTITI ATAU SYARIKAT BUKAN LKM SEPERTI :
  • Peserta program seliaan LKM (Peserta Sendiri) yang menjalankan aktiviti tersebut untuk pembangunan kebun sendiri
  • Kelompok peserta program seliaan LKM yang menjalankan aktiviti tersebut untuk pembangunan kebun ahli di dalam kelompok sendiri atau untuk pembangunan kawasan kelompok lain. Kelompok ini juga boleh disebut sebagai usahawan tani.
  • Individu perseorangan yang juga merupakan peserta program LKM atau ada mengusahakan tanaman koko dengan modal sendiri yang berkeupayaan untuk memberikan perkhidmatan menjalankan aktiviti pembangunan kebun individu/kumpulan peserta LKM yang lain. Individu ini samada secara individu ataupun syarikat disebut sebagai usahawan tani.
  • Koperasi atau Persatuan Penanam Koko yang berkeupayaan untuk memberikan perkhidmatan menjalankan aktiviti pembangunan kebun individu/kumpulan peserta LKM yang lain
  • Individu perseorangan atau syarikat yang berkelayakan menyertai rundingan harga bekalan atau perkhidmatan

Antara komponen usahawan tani yang boleh dibangunkan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan membersih kawasan kelompok
  • Nurseri (Pembekal Anak Benih Koko)
  • Bekalan Pokok Pelindung
  • Perkhidmatan menanam bahan tanaman (anak benih koko dan pelindung)
  • Perkhidmatan Mencantum (ulangan)
  • Pusat Pemprosesan, Pengeringan dan Pemasaran Koko
  • Pusat Pegumpulan dan Pemasaran Koko
  • Pembekal Kayu Mata Tunas
  • Pembekal Bijibenih Koko    
  • Pembeli Koko Kering / Basah
  • Dll yang dirasakan perlu
6.1    PEMBEKAL ANAK BENIH KOKO (PESERTA/KELOMPOK/USAHAWAN)
  • Menyediakan anak benih koko bercantum untuk dibekal kepada para peserta program LKM.  
  • Menyediakan anak benih koko bercantum untuk dijual kepada petani yang minat menanam Koko
  • Membekal, menghantar, menurunkan dan menyusun anak benih koko. Menyediakan Pengangkutan untuk menghantar anak benih koko kepada peserta Program LKM.
  • Memastikan anak benih yang dikeluarkan adalah sihat dan dari klon yang disyorkan oleh LKM
  • Mengganti anak benih koko yang tidak mengikut spesifikasi
  • Rekod-rekod perlu diselengarakan dengan betul
6.2    PEMBEKAL POKOK PELINDUNG (PESERTA/KELOMPOK)
  • Menyediakan pokok pelindung (pokok pisang/ pokok kelapa/pokok buah-buahan) untuk dibekal kepada para peserta program LKM.  
  • Membekal, menghantar, menurunkan dan menyusun pokok pelindung. Memastikan pokok pelindung yang dikeluarkan adalah sihat Rekod-rekod perlu diselengarakan dengan betul
6.3    KOMPONEN USAHAWAN TANI LAIN

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan