Home

Tentang Kami

E-Cocoa adalah satu portal khas yang dibangunkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk kegunaan pekebun kecil koko, pelesen koko dan pengguna-pengguna sasar yang lain.

Melalui E-Cocoa, perkhidmatan LKM boleh didapati secara atas talian. Antara perkhidmatan utama E-Cocoa adalah permohonan mengikut program tanaman koko, pengurusan insentif dan lawatan tapak oleh LKM dan penghantaran penyata urusniaga pelesen koko secara online.

Maklumat Program Pekebun Kecil Koko LKM

Program Tanaman Baru Koko (TB) dan Program Peningkatan Produktiviti (PPP) telah diwujudkan oleh Lembaga Koko Malaysia untuk membantu meningkatkan pengeluaran biji koko kering tempatan dengan mengamalkan amalan pertanian yang baik.

Disamping itu, Program Usahawan Tani dibangunkan bagi menyokong industri koko di Malaysia supaya lebih berdaya saing dan mengeluarkan bahan tanaman yang berkualiti.

Klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut:

Program Tanaman Baru Koko

Program Peningkatan Produktiviti

Program Usahawan Tani Koko

Pra-Pendaftaran Sijil Daftar P1

Memperkenalkan Pra-Pendaftaran Sijil Daftar P1 dalam menyempurnakan proses petani memperoleh Sijil Daftar P1 dan memudahkan penjualan hasil tanaman koko secara terus kepada pelesen berdaftar.

Cara Mendaftar:

  1. Lawati Laman Pra-Pendaftaran Sijil Daftar P1
  2. Isi maklumat peribadi dan kebun tanaman koko anda.
  3. Lembaga Koko Malaysia akan mengkaji permohonan pendaftaran anda.
  4. Setelah diluluskan, anda akan menerima Nombor Sijil anda di dalam E-Cocoa.
  5. Untuk makluman, anda boleh mengemaskini maklumat atau menyemak status permohonan di Laman Pra-Pendaftaran Sijil Daftar P1.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan Pendaftaran Sebagai Pemproses Biji Koko Basah Sendiri Di Bawah 6 Hektar, sila rujuk laman ini.